Pages

Monday, November 29, 2010

Tetamu Senja

Tetamu Senja


Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
Bila cukup detik kembalilah
Kita kepadanya
Kita datang ini kosong tangan dada
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala

Pada tetamu yang datang dan
Kenal jalan pulang
Bawalah bakti mesra kepada
Tuhan kepada Insan
Pada tetamu yang datang
Dan lupa jalan pulang
Usahlah derhaka pula
Pada Tuhan kepada insan

Bila kita lihat manusia lupa tempat
Atau segera sesat puja darjat
Puja pangkat
Segera kita insaf kita ini punya kiblat
Segera kita ingat kita ini punya tekad

Bila kita lihat manusia terbiar larat
Hingga mesti merempat ke laut biru
Ke kuning darat
Harus kita lekas sedar penuh pada tugas
Harus kita tegas sembah
Seluruh rasa belas

Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat
Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat
~ A. Samad Said

Friday, November 26, 2010

Atasi Masalah Gemuk

RAMAI yang mengadu dan risau dengan bentuk badan mereka yang tidak menarik. Setiap kali melihat ke cermin, serta-merta muka masam mencuka.
“Aku tak nak gemuk, aku nak kurus!”
Ya, mungkin ada di kalangan anda yang mengalami masalah seperti ini. Bukannya salah jika berlebih berat badan, cuma siapa yang tidak mahu dilihat indah, cantik dan molek pada pandangan orang. Bukankah begitu?
Justeru, bagaimana mahu mencapai berat badan yang ideal serta teknik kawalan berat badan yang  sepatutnya dilakukan. Bagaimana ya?
Menurut Mary L. Gavin, MD, terdapat 5 langkah utama yang perlu dilakukan oleh mereka yang ingin mencapai berat badan yang diidamkan. Bukan mereka yang gemuk sahaja ya. Anda dan saya yang kurus ini juga harus melaksanakannya.
1)      Aktiviti senaman. Senaman yang ideal haruslah dilaksanakan dengan kadar 3 kali seminggu selama kira-kira 30 minit. Ramai yng beranggpan bahawa perkara ini sudah selalu sangat diwara-warakan. Namun hakikatnya, aktiviti ini amatlah penting untuk mengawal kalori di dalam badan kita. Tanpa senaman yang dilakukan secara teratur, kalori-kalori akan mudah untuk terendap di dalam tubuh dan menyebabkan berat badan terus meningkat. Ubahlah gaya hidup anda mulai hari ini. Tidak semestinya lengkap berpakaian sukan untuk beriadah. Cukuplah berjoging atau berbasikal untuk ke tempat berhampiran, selagi ianya mampu membakar lemak dan kalori.
2)      Kurangkan ‘screen time’. Kurangkan screen time di sini bermakna anda harus mengurangkan masa anda bersantai-santai di bilik atau pun di dalam rumah. Pendek ceritanya, kurangkan masa menonton televisyen dan di hadapan komputer. Anda akan kurang untuk melakukan aktiviti luar sekiranya masa anda banyak dihabiskn di depan televisyen. Kurangkanlah screen time itu untuk sekitar 2 jam sehari sahaja.
3)      Sayuran dan buah-buahan. Ya, sayuran dan buah-buahan bukan sahaja memberikan anda vitamin dan mineral kepada tubuh, bahkan ianya menjadi diet pelengkap kepada tubuh anda. Justeru dengan pengambilan sayur dan buahan yang mencukupi, secara tidak langsung anda akan mendapati bahawa selera makan anda tidak berlebihan. Maka, tiadalah masalah pertambahan berat badan.
4)      Jangan tinggalkan sarapan pagi. Ramai di kalangan kita, anda atau sesiapa sahaja yang meninggalkan sarapan pagi semata-mata untuk mengurangkan pengambilan makanan. Ingat, ini adalah salah satu teknik yang salah! Ya, mereka yang meninggalkan pengambilan makanan sarapan pagi akan mudah dan cepat untuk berasa lapar. Dan ini sering mengakibatkan pengambilan makanan yang berlebihan semasa makan tengah hari. Justeru ini akan menyebabkan mereka mengambil nilai kalori yang jauh lebih banyak berbanding nilai yang sepatutnya diambil pada sarapan pagi.
5)      Kurangkan minuman bergas. Salah satu faktor kegemukan juga adalah disebebkan amalan pemakanan dan minuman yang salah. Banyakkan pengambilan minuman kosong atau air mineral. Kurangkanlah pengambilan minuman bergas dan bergula.
 Ubahlah gaya hidup kita mulai sekarang. Amalkan cara yang hidup yang sihat. Sesiapa yang malas-malas itu, ayuh rajinkan diri. Jadilah manusia yang terbaik untuk diri kita sendiri.
Allah sentiasa membuka ruang dan peluang untuk setiap hambaNya mencapai apa yang dimahukan. Mengapa kita sendiri yang enggan berusaha untuk menggapainya. Rahsia itu sudah pun ada di tangan anda. Ayuh, marilah, apa tunggu lagi!

Thursday, November 25, 2010

catatan malam

"JANGAN MALAS MENGULANG KAJI , SEBAB LANCARNYA KAJIAN KERANA DIULANGI KAJI. PELUPA ADALAH PENYAKIT YANG BERBAHAYA BAGI ILMU PENGETAHUAN. ..."

"Reading is to the mind what exercise is to the body." -- Joseph Addison

"Ten people who speak make more noise than ten thousand who are silent."-Napoleon

"If you are not willing to risk the unusual, you will have to settle for the ordinary."-Jim Rohn

Wednesday, November 24, 2010

Bunga Sirih Untuk Guru

BUNGA SIRIH UNTUK GURU

J.M. Aziz

Guru adalah Ibu pengasuh budiman
guru adalah ratu lebah
lalu memujuk membelai kelopak
cinta kasih sayang
lilinnya berbunga sinar cahaya
madunya berbunga penawar jiwa.

Guru adalah penyu pengasih
lalu menabur bunga telur
baktinya segar mewangi
sepanjang pantal zaman.

Guru adalah lampu penyuluh
pedoman kehidupan
guru adalah pendakwah
lalu mengikut jejak Nabi Muhammad
memimpin insan
ke jalan lurus ke padang luas.

Bunga sirih bunga pirtang
terima kasih terima savang
budi bicara guru berjasa
kami sanjung tinggi.

J.M. Aziz
Rumah Puisi
Seberang Takir
Kuala Terengganu

Tuesday, November 23, 2010

Bahasa Dan Bangsa

Bahasa dan bangsa
semestinya bersatu
dalam jiwa bangsa.

Bahasa dan bangsa
cintanya harus utuh
kasihnya harus teguh
sayangnya harus kukuh.

Sucinya cinta bahasa
murninya kasih bahasa
luhurnya sayang bahasa
seabadinya setia.

Bangsa sering curang
cintanya berkurang
kasihnya terlarang
sayangnya melayang.

Layu bahasa
kuyulah bangsa!

Musnah bahasa
punahlah bangsa!

Lesap bahasa
lenyaplah bangsa!

Gagah bahasa
dahsyatlah bangsa!

Gemilang bahasa
terbilanglah bangsa!

Ridzuan Kamis
Sanggar Kayangan, Perlis.

Monday, November 22, 2010

Kehidupan

Hidup
Perjuangan abadi
Oleh semua yang bernafas
Yang merasai akan agungnya
Karya ciptaannya
Hidup
Menempuh pelbagai cabaran
Semata untuk mempastikan
Kita pejuang yang berjaya
Menempuh dan mengalami
Ertinya yang sebenar..
Hidup pelbagai
Definisi diberikan
Kepalsuan, kesusahan,
Kerakusan
Dan kebahagiaan
Namun satu yang dicari
Pengalaman yang tidak akan
Kembali..
Hidup
Akhirmu bukan dikubur
Namun bergantung kepada
Perjuanganmu
Nanti akan ditentukannya...

Sunday, November 21, 2010

Catatan 3

HARGA SETUANG CINTA

Tenggelam relung dadaku dalam syahdu,
Titis mutiara jatuh berderai derai,
Mengukur layakkah diri menerima nikmat cinta sejati darimu Ya tuhanku,
Dengarlah bisikan doaku dalam sujud sembah pada-Mu...
Aku yang menghitung luka-luka parah,
Menyelar tiap ketenangan pada angin lalu,
Aku yang mengadu domba pada alam,
Menyaksikan sang bulan memuntahkan darah merah...
Tempiasnya mengukir parut-parut duka,
Kebeningan malam mencucuk sanubari,
Dalam dakapan rindu aku tersungkur jatuh tersembam,
Meraba raba mencari erti sebuah kasih sayang...
Apakah ini harga yang harus kubayar untuk setuang cinta dari-Mu Tuhanku?
Kehibaan aku merangkak menjilat noda yang menjerat jiwa,
Pada parah yang mencengkam hati nan luluh,
Dalam menghidang cinta buat penciptaku...
- Artikel iluvislam.com

Catatan 2

Perit,
Hidup berkorban sengsara jiwa..
Perit..pedih..
Termanggu sendiri terkenang kembali..
Apakah masih ada ya ng  ingat.
Pejuang-pejuang negaraku berjuang mempertahankan tanah airnya..
Ada???
Kesal ku melihat di balik cahaya bangunan pencakar langit..
Anak-anak muda berpoya-poya..mimpikah daku??
Berlumba haram, bergaul bebas lelaki dan wanita, arak, judi..
Di mana al-quran? Di mana ibu bapa? Salah siapa?
Tolongla wahai bangsaku..aku tak mampu berbuat apaapa..
2 tanganku, 2 kakiku, satu mulutku..
tidak mampu membetulkn beribu-ribu anak bangsaku yng lupa..
Wahai bangsaku yng msih mengerti susah payh memerdekakan negara..
Bantulah aku, tolonglah daku..
Kelak bangsa kita yang maju..
Perit, pedih, kesengsaraan..
Biarlah ia menjadi pedoman dan aku tak kan benarkan ia berulang kembali..
Nurkilan Mohd Rozaimie..30.4.2007 – 9.50 p.m

Saturday, November 20, 2010

Pedoman Hidup

PEDOMAN HIDUP

Tugas pertama seorang lelaki ialah menjadi dirinya sendiri. 
*    Pilihlah seseorang untuk dicintai & cintalah pilihan anda itu. 
*    Cinta tidak berbalas sama seperti soalan tanpa jawapan. 
*    Lelaki yang tidak berharta biasanya memiliki lidah bermadu.
*    Lelaki pendiam ibarat air tenang dalam & bahaya. 
*    Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada 
     musuhnya sendiri. 
*    Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan 
     hanya boleh dicapai dengan satu perkara iaitu USAHA. 
*    Ketika ditimpa bencana, kita akan mengenali yang mana satu
     lawan & yang mana satu kawan. 
*    Membaca menjadikan diri anda sebagai seorang lelaki,
     menghadiri persidangan sebagai persediaan menjadi lelaki 
     yang sebenar & menulis menjadikan anda lelaki sejati. 
*    Karektor seseorang lebih mudah disembunyikan daripada 
     dikesani oleh orang lain. 
*    Pemimpin yang baik akan memikul kesalahan & tidak 
     mengejar nama. 
*    Lelaki berani mungkin akan kalah tetapi tidak akan mengalah. 
*    Rumah tanpa buku umpama bilik tanpa tingkap 
*    Jika anda hanya berbuat baik kepada diri sendiri maka anda 
     sebenarnya tidak pernah membuat kebaikan. 
*    Pengalaman ialah gelaran yang diberikan oleh setiap orang 
     terhadap kesilapan mereka. 
*    Kebocoran yang kecil masih boleh menenggelamkan sebuah 
     kapal yang besar. 
*    Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik.
*    Anak lelaki tetap menjadi anak lelaki sehinggalah beliau 
     beristeri. Anak perempuan kekal menjadi anak perempuan 
     seumur hidupnya. 
*    Jika anda takut pada sesuatu, lihatlah & hadapilah. 
*    Imaginasi menguasai dunia. 
*    Kebodohan ialah kesilapan bagi seseorang yang mempunyai 
     peluang untuk menjadi pandai. 
*    Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya.
*    Anda tidak akan berjaya menjadi penulis sekiranya anda tidak 
     menjadi pembaca terlebih dahulu. 
*    Rahsia hati seseorang ialah sedalam sebuah lautan yang luas. 
*    Nyanyian ibu untuk menidurkan anaknya ketika kecil adalah 
     suara yang paling merdu di dunia. 
*    Orang miskin memakan makanan nyang lebih enak daripada 
     orang kaya kerana makanan mereka adalah berkat kepada 
     kemiskinan mereka. 
*    Anda tidak akan berasa penat sekiranya melakukan perkara 
     yang anda suka. 
*    Lebih baik seseorang wanita mengahwini lelaki yang mencintainya 
     daripada beliau mencintai lelaki tersebut. 
*    Jika anda berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang 
     ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut. 
*    Di mana anda berdiri, di situlah perlumbaan kehidupan anda 
     dan lupakan masa silam.
*    Berhati-hatilah dengan kemarahan seorang yang sedang bersabar.
*    Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana 
*    Adalah lebih baik untuk mengetahui kelemahan & kegagalan 
     sendiri daripada menuding kesalahan kepada pihak lain 
*    Setiap malam sebelum tidur,anda perlu menetapkan satu 
     matlamat di dalam minda & menguatkannya dari hari ke hari 
*    Jagalah apa yang anda suka atau anda terpaksa menyukai apa 
     yang anda dapat.



Friday, November 19, 2010

Renungan hari Jumaat

ASSALAMUALAIKUM. Apa khabar hari anda? Apa cerita Jumaat anda?  Ya, hari ini hari Jumaat. Hari untuk kita mendapatkan lebih success dalam hidup kita. Hari untuk kita lebih cemerlang, lebih kuat berbanding hari-hari yang lain.
Jadi, apa pun yang anda buat pada hari ini, pastikan itu adalah yang terbaik, yang terhebat untuk diri anda sendiri. Kalau selalu bangun pagi sepuluh minit lagi ke waktu subuh, maka jadikanlah Jumaat untuk anda lebih berjaya.
Jadikan Jumaat untuk lebih special daripada hari-hari yang lain. Buat janji, bahawa Jumaat aku mesti bangun tiga puluh minit sebelum ke waktu subuh. Hah, kan bagus.
Hari ini saya nak cerita sedikit tentang hebatnya dan kelebihan-kelebihan hari Jumaat. Moga anda di luar sana memperoleh manfaat, saya yang menulis juga lebih-lebih lagi mendapat faedahnya.
Jadi 6 kelebihan Jumaat akan saya senaraikan. Semoga Jumaat kali ini menjadikan kita lebih berjaya, lebih cemerlang! 
1. Berlakunya hari kiamat.
 Ya, Jumaat merupakan hari yang selalu dikaitkan dengan berlakunya hari kiamat. Dalam suatu hadis riwayat Muslim, Nabi SAW ada menyebut bahawa, “Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”
 2. Nabi Adam diciptakan dan dia juga disingkirkan dari syurga.
 Hari Jumaat memang istimewa. Hari ini nabi Adam diciptakan, dan hari ini jugalah beliau diturunkan daripada syurga.
Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”
 3. Penghulu segala hari.
 Saya suka sebut Jumaat ni special. Kenapa ya? Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa kerana agama kita sendiri yang meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang lain.
Dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”
 4. Selamat dari fitnah kubur bagi yang mati pada hari Jumaat.
 Menurut Nabi SAW, “Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah  daripada fitnah kubur.”
Jadi, sama-samalah kita berdoa moga-moga Allah memilih kita di kalangan manusia-manusia yang diberikan kelebihan oleh Allah ini.
 5. Kebaikan dengan memotong kuku.
 Peliharalah kebersihan anda. Kalau boleh, Jumaat ni bagi lebih-lebih lagi. Mana yang dah lama tak potong rambut, maka potonglah. Kasi kemas. Kalau kuku dah rasa mula nak panjang, hah potonglah.
Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”
 6. Makbulnya doa di antara dua khutbah.
 Yang ini pun kita dah selalu dengar. Daripada zaman sekolah lagi mungkin ramai yang telah diberitahu akan perkara ini. Baca doa ketika imam sedang duduk antara dua khutbah selalunya makbul doanya tu. Ya, kan?
Banyak ulamak yang berpendapat bahawa makbulnya doa yang dibaca di antara dua khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama dan khutbah kedua.
Ini berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah yang bermaksud, “Pada hari Jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.” Dan rasulullah menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu itu.
Abi burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa Rasulullah pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan.
 TUAN, puan, abang, kakak dan adik-adik semua, marilah kita jadikan Jumaat kita kali ini lebih bererti. Bukannya apa, untuk kebaikan kita juga. Semua kelebihan yang ada pada Jumaat ini sebenarnya merupakan ruang dan peluang untuk  kita rebut.
Kita mengaku kita orang Islam. Kita pun mengaku bahawa kita ni mengamalkan segala suruhan agama. Jadi, apalah salahnya sedikit amalan yang nampak macam tak seberapa ini kita rebut.
Kalau rasa-rasa selalunya macam malas nak selawat, macam tak ada mood nak berzikir, maka jadikanlah hari Jumaat untuk anda lebih bersemangat unttuk berselawat, berzikir, istighfar dan sebagainya.
Nabi sendiri ada menyebut barangsiapa yang banyak beristihfar, Allah akan bagi jalan keluar bagi setiap masalah yang dihadapinya.
Mari kita jadi lebih baik, sedikit pun tak apa. Asal kita jadi lebih baik. Kita usaha, kita cuba betul-betul. Mana tahu andai Allah juga bakal tarik nyawa kita di hari Sayidul aiyam ini. Subhanallah…

Thursday, November 18, 2010

Buat CgSyed

Selamat Bersara CgSyed




Bukan Kerana Nama

Jangan kau pandang bibir yang manis
Kerana dia bisa menghancurkan
Jangan kau pandang wajah yang indah
Kerana dia bisa meracunmu

Dengarlah hai teman
Dengarkan bersama
Aku menulis bukan kerna nama
Kerna sifat kasih
Pada sesama insan
Dan menyatakan kasih sayangmu
Kita sama semuanya sama
Apa yang ada hanyalah kehidupan

Jangan kau dengar puisi dusta
Kerana dia bisa merosakkan jiwamu
Dengarkanlah puisi di pusaka
Yang telah turun temurun hari ini

Jangan kau alas hatimu itu
Dengan secebis warna kehitaman
Dialah seperti anai-anai
Lambat laun hancurlah dirimu

Wednesday, November 17, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

Hari Raya Aidiladha dalam hadis

  • Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Anas r.a, yang bermaksud: "Rasulullah SAW datang ke Madinah, sedangkan mereka sedang sibuk bergembira selama dua hari. Maka Rasulullah SAW bertanya: Hari apakah yang dua hari ini? Mereka menjawab: Kami biasa bergembira selama dua hari pada zaman Jahiliah: Kemudian Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT telah menggantikannya dengan hari yang lebih baik daripada dua hari itu bagi kamu iaitu Aidilfitri dan Aidiladha." (Diriwayatkan Imam Abu Daud dan an-Nasai daripada Anas)
  • Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) “Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)
  • Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) yang telah diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan Al-Hakim yang bermaksud: "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai Allah daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih."
  • Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a:
Diriwayatkan daripada Ibnu Juraij katanya: Aku telah diberitahu oleh Ata' daripada Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a kedua-duanya berkata: Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri) dan sembahyang Hari Raya Korban (Aidiladha). Selepas beberapa ketika aku bertanya Ata' tentang perkara tersebut: Lantas dia menjawab dengan berkata: Aku telah diberitahu oleh Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a bahawa: Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri), baik ketika imam keluar atau sesudahnya. Juga tiada iqamat atau apa-apa pun.[2]

Monday, November 15, 2010

Salam Perpisahan (Cikgu Hashim)

Salam Perpisahan( Cikgu Hashim)

Inilah yang selalu kubilang
bahwa hidup adalah perubahan
Tak tau bagaimana laju perputarannya
tapi roda selalu berputar kawan
Dalam setiap perjalanan
kita merantai kisah
suka, duka, tangis, tawa
marah, gembira..
Semuanya berpadu dalam balutan
Persahabatan
Ada kalanya kita berselisih
tapi lebih banyak berbagi kasih
Ada kalanya kita egois
tapi lebih banyak saling mengerti
Ada kalanya kita tak sejalan
tapi lebih banyak kita bergandengan tangan
Jarum jam adalah saksi
berapa waktu telah terlalui
Bulan dan langit malam adalah kawan
saat dera kesibukan menjelang pemeriksaan
Jamu datang bulan dan bebaqaran
semua menjadi kesaksian
betapa berartinya seorang kawan
Tapi hidup adalah perubahan kawan
Sekali lagi kubilang
Seperti aliran air hujan dalam sajak yang kau sukai
Kemana pun alirannya mereka berguna
Begitupun kita
Bagaimana pun perputarannya
menuju pada arah yang sama
: Kebaikan
Hari-hari tak akan sama lagi
nikmati saja perubahannya
kelak kau akan merasa
semuanya menjadi terbiasa
meski tanpa aku lagi…

Temanku



RINDU SEORANG TEMAN

Tika Senja Menjemput Malam
Naluri Ini Dibayangi Rasa Rindu
Rindu Akan Kenangan Semalam

Kegembiraan dan Kepahitan
Lumrah Hidup Semua Insan
Ada Masa Suka
Ada Masa Duka
Kegembiraan Disusuli Kesyukuran
Inayat Dari Tuhan Dipohonkan
Kepahitan Mengajar Erti Kedewasaan
Dalam Merentasi Pentas Kehidupan

Pabila Rindu Bertukar Benci
Jiwa Ini Semakin Kekosongan
Kehadiran Seorang Insan
Menjadi Pengubat Kebencian

Kini,
Kukenal Erti Persahabatan
Kukenal Erti Sebuah Kasih Sayang
Kukenal Jua Erti Kerinduan
Rindu Menjemput Jiwaku Kembali Merindu
Rindu Pada Ketenangan
Rindu Pada Seorang Teman
Rindu Menjadikanku Pengemis
Mengemis Rindu Yang Tiada Kesudahan

Wednesday, November 10, 2010

Renungan Bersama




Senandung Hidup Berbudi

Ombak lautan berombak
Mengapa mengubah pasir di pantai
Bayu bertiuplah bayu
Mengapa menjadi ribut dan badai

Begitu kita merancangkan
Belum pasti hadirnya kebahagiaan
Fahamlah apa itu takdir
Akan berseri hidup yang ditadbir

Hidup menggadai harta
Agar diri berharga
Janganlah kau salah mengerti
Kelak kau kan menggadai diri

Mencari penghormatan
Janganlah sampai terkorban
Yang mulia pasti kita hormatkan
Yang rendah jangan dihinakan

Tenang di air yang tenang
Jangan di sangka boleh direnang
Kail panjanglah sejengkal
Janganlah lautan hendak diduga

Itulah pesan orang lama
Menjadi bekal pada yang berusaha
Ingatlah pepatah ini
Menjadi panduan hidup berbudi


Sunday, November 7, 2010

PANTUN MELAYU

Pantun Budi

Tenang-tenang air laut
Sampan kolek mudik ke tanjung
Hati terkenang mulut menyebut
Budi baik rasa nak junjung

Tanam lenggun tumbuh kelapa
Terbit bunga pucuk mati
Budi tuan saya tak lupa
Sudah terpaku di dalam hati

Dari Daik pulang ke Daik
Sehari-hari berkebun pisang
Budi baik dibalas baik
Dalam hati dikenang orang

Kapal belayar dari Arakan
Ambil gaji jadi jemudi
Mati ikan kerana umpan
Mati saya kerana budi

Banyak ubi perkara ubi
Ubi keledek ditanam prang
Banyak budi perkara budi
Budi baik dikenang orang

Lipat kain lipat baju
Lipat kertas dalam puan
Dari air menjadi batu
Sedikit tak lupa budi tuan

Jentayu burung jentayu
Hinggap di balik pokok mayang
Bunga kembang akan layu
Budi baik bilakan hilang

Jika belayar ke tanah Aceh
Singgah dulu di kota Deli
Jika hendak orang mengasih
Hendaklah baik bicara budi

Bunga melati bunga di darat
Bunga seroja di tepi kali
Hina besi kerana karat
Hina manusia tidak berbudi

Dewa sakti melayang ke Daik
Hendak mencari Dewa Jaruga
Kalau ada budi yang baik
Sampai ke mati orang tak lupa

Baik-baik bertanam padi
Jangan sampai dimakan rusa
Baik-baik termakan budi
Jangan sampai badan binasa

Tingkap papan kayu bersegi
Sampan sakat di Pulau Angsa
Indah tampan kerana budi
Tinggi darjat kerana bahasa

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi yang baik di kenang juga

Pergi ke sawah menanam padi
Singgah disungai menangkap ikan
Hidup hendaklah bersendikan budi
Sifat sombong jangan amalkan

Apa guna berkain batik
Kalau tidak dengan sucinya?
Apa guna beristeri cantik
Kalau tidak dengan budinya

Bunga melati bunga di darat
Bunga seroja di tepi kali
Hina besi kerana karat
Hina manusia tidak berbudi

Pisang emas dibawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi dibayar mati

Anak merak Kampung Cina
Singgah berhenti kepala titi
Emas perak kebesaran dunia
Budi bahasa tak dapat dicari

Anak angsa mati lemas
Mati lemas di air masin
Hilang bahasa kerana emas
Hilang budi kerana miskin

Yang kurik tu kundi
Yang merah saga
Yang baik itu budi
Yang indah itu bahasa

Limau manis dimakan manis
Manis sekali rasa isinya
Dilihat manis dipandang manis
Manis sekali hati budinya

Cuaca gelap semakin redup
Masakan boleh kembali terang
Budi bahasa amalan hidup
Barulah kekal dihormati orang

Anna Abadi membeli ginseng
Singgah di pasar mencari kari
Jangan ikut budaya samseng
Kelak menyesal di kemudian hari

Saturday, November 6, 2010

IMPIAN ANAK NELAYAN






Impian Seorang Nelayan

Burung Camar hinggap di jejari
Seorang nelayan sedang bermimpi
Mimpi tentang duyung
Mimpi tentang untung
Biduk hanyut dibawa ombak
Laut Cina Selatan

Dalam mimpi berkata sang duyung
"Wahai nelayan kau anak laut
Di sini tempatmu
Di sini rezekimu
Pengorbanan yang kau lakukan
Ada balasannya"

Mega mendong
Laut pun bergoncang
Nelayan tersentak biduk sesat haluan
Sang mentari terlindung
Pantai tak kelihatan
Tawakkal jalan akhirnya

Dalam pondok kecil beratap rumbia
Seorang ibu memandang hari muka
Sambil ia menyusukan bayi yang kehausan
Ufuk timur hilang dari pandangan

Wahai anak yang sedang menangis
Mungkin kini engkau tak mengerti
Bila kau dewasa dan pandai nanti
Pengorbanan ayahmu sayang
Jangan kau lupakan.




Friday, November 5, 2010

PENANTIAN SUATU PENYEKSAAN

DOAKAN KEJAYAAN KAMI DALAM UPSR

 UPSR 11 NOVEMBER 2010

MAKLUMAT TERKINI

KEPUTUSAN UPSR AKAN DIUMUMKAN PADA 11 NOVEMBER 2010

Buat teman


Hidup
Perjuangan abadi
Oleh semua yang bernafas
Yang merasai akan agungnya
Karya ciptaannya
Hidup
Menempuh pelbagai cabaran
Semata untuk mempastikan
Kita pejuang yang berjaya
Menempuh dan mengalami
Ertinya yang sebenar..
Hidup pelbagai
Definisi diberikan
Kepalsuan, kesusahan,
Kerakusan
Dan kebahagiaan
Namun satu yang dicari
Pengalaman yang tidak akan
Kembali..
Hidup
Akhirmu bukan dikubur
Namun bergantung kepada
Perjuanganmu
Nanti akan ditentukannya...

PERAHU PAYANG

Perahu payang

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, gelintar
Perahu payang
Gambar perahu Payang
Spesifikasi
Tiang Layar 1
Panjang 4.83 - 13.72 m kaki inci
Lebar .85 - 2.12 m kaki inci
Tinggi 0.5 - 0.82 m kaki inci
Anak kapal minima 15 orang maksima 20 orang
Penerangan
Perahu payang adalah perahu terbesar bagi menangkap ikan dan biasanya mempunyai bangau di kedua-dua belah hujung perahu sebagai tempat menyimpan tiang dan kain layar.
Perahu Payang merupakan perahu terbesar digunakan di Terengganu untuk menangkap ikan. Operasi memukatnya adalah di kawasan laut dalam menggunakan pukat payang dengan awak-awak seramai kira-kira 15 orang.
Perahu ini dikenali sebagai perahu payang berdasarkan operasi memukatnya yang kebiasaan menggunakan pukat payang. Perahu ini berukuran 14.2m panjang, 2.27m lebar, 3.1m tinggi dan menggunakan dua layar.
Pada kebiasaannya perahu payang akan dihias dengan lukisan awan larat yang indah (lihat gambar).

Selamat datang.....

Bahasaku umpama teratai. Hidup subur di lembah sendiri.Tidak pernah merangkak atau menghancurkan bunga-bunga lain. bahasaku bukan parasit. Bahasaku hidup mekar di bumi sendiri. bahasaku tidak mengugat bahasa-bahasa lain. Bahasaku senang dipelajari tidak mengenali bangsa.